Sharing is caring.. Patuhi undang-undang jalanraya agar perjalanan kita selamat. Duit pun selamat!!
Isnin, 23 Februari 2015
Isnin, 16 Februari 2015
PROSEDUR UNTUK BAKAL CALON YANG BARU MENDAFTAR (BELUM ADA APA-APA LESEN)
PENDAFTARAN DI INSTITUT MEMANDU
* Seseorang pemohon itu perlu mendaftar di mana-mana institut memandu, sekolah memandu atau pejabat pendaftaran calon yang terdapat di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh JPJ.
KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP01)
* Menghadiri Kursus Teori Pemanduan Selamat (KPP01) selama 6 jam.
UJIAN BAHAGIAN 1 (COMPUTER TEST)
* Menduduki Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya dan Pemanduan Berhemah)
PENGELUARAN LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
* Sekiranya calon lulus dalam Ujian Bahagian 1, lesen LDL calon akan dikeluarkan.
LATIHAN PRAKTIKAL DI LITAR KPP02 (5 1/2 JAM)
*Menjalani latihan praktikal di litar selama 5 1/2 jam.
*Mengenal komponen kereta.
LATIHAN PRAKTIKAL DI JALAN RAYA KPP03
*Menjalani latihan praktikal di jalan raya.
UJIAN PENILAIAN (QTI) (30 MINIT)
*Calon akan dinilai oleh Pegawai Penilai untuk menjalani Ujian bahagian ii & iii (JPJ).
UJIAN PRAKTIKAL BAHAGIAN II & III (JPJ)
*Selepas tempoh matang lesen L iaitu satu bulan setelah lesen L dikeluarkan.
*Ujian terakhir dalam proses mendapatkan lesen P.
LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)
* Sekiranya calon lulus Ujian Praktikal Bahagian ii & iii (JPJ), lesen P akan dikeluarkan.
TAMAT TEMPOH PERCUBAAN (2 TAHUN)
* Lesen PDL akan tamat dalam tempoh 2 tahun.
PERTUKARAN DARIPADA LESEN MEMANDU PERCUBAAN KEPADA LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL- DALAM TEMPOH 1 TAHUN)
* Lesen P akan diperbaharui menjadi Lesen Memandu Kompeten.
Langgan:
Catatan (Atom)